Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

05 November 2011

BENGKEL ASAS MELUKIS KARTUN









 
16HB OKTOBER 2011 (AHAD)
7.00 PAGI HINGGA 12.OO TENGAHARI

“MELATIH DAYA KREATIF KARYA DAKWAH”

Dunia Globalisasi yang penuh dengan onak duri dan cabaran dalam menyampaikan dakwah secara jelas menyebabkan masyarakat semakin tenggelam dalam dunia yang sementara ini. Ini menyebabkan kita selaku azhari/ah yang membawa panji islam perlu membina kembali ruh keagungan dan kegemilangan Islam yang telah diterapkan dan dikukuhkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan semangat ukhwah ini diteruskan oleh para sahabat pada suatu ketika dulu.
       Oleh sebab dunia sekarang  memerlukan pendakwah globalisasi yang mampu untuk menjadikan islam selaku agama yang menekankan aspek pendakwahan dimasa kini. Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK) dengan penuh keyakinan cuba sedaya upaya dengan mengambil inisiatif untuk menjayakan satu program mencari bakat-bakat baru dalam bidang seni lukisan dengan menghimpunkan anak-anak kedah yang berada di perlembahan Nil ini dengan mengadakan Bengkel Melukis Kartun dibawah seliaan Badan Kebudayaan,Kesenian dan Sukan dengan mengenengahkan beberapa inisiatif yang baru dalam menjadikan mahasiswa/wi azhari bukanlah lemah dalam dunia globalisasi. Bengkel Melukis Kartun ini adalah Bengkel julung-julung kalinya diadakan diperingkat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah untuk mencari bakat-bakat yang mampu diserapkan kedalam komik Alfityan PMRAM. 
    Pengisian bengkel pada hari itu disampaikan oleh wakil moderator daripada geng komik Alfityan PMRAM saudara Mohd Nasrullah Che Halim, saudara Mohamad Abdullah Tahmin, saudara Mohd Aiman Kamaludin dan saudara Abdul Qudus Jamal. Program dirasmikan oleh Yang Dipertua MKKK 2011/2012 saudara Shazril Hanis Salmi. Terima kasih kami ucapkan kepada penggerak bengkel Wan Muhamad Amir Wan Abd Razak selaku Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MKKK 2011/2012. Di akhir program saudari Kamilah Che Razali wakil Ketua UPP PMRAM turut memberi sedikit ucapan penutup.
Doa dan harapan mudah-mudahan Bengkel Melukis Kartun yang telah dijalankan ini dapat membekalkan semangat dan komitmen peserta untuk berdakwah melalui medium lukisan kartun. Semoga segala kerjasama dan jasa baik yang dicurahkan dan mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT hendaknya.

Disediakan oleh:  Ketua Editor  Geng Alfityan PMRAM 2011/2012

Tiada ulasan: